SURAU AL-MUHAJIRIN TAMAN DESA INDAH
42, JALAN MERANTI BUNGA 3
TAMAN DESA INDAH, MERU
41050 KLANG
SELANGOR DARUL EHSAN.
KERTAS CADANGAN PEMBINAAN SURAU AL-MUHAJIRIN TAMAN DESA INDAH, MERU
A. PENDAHULUAN/PENGENALAN
1. Untuk pengetahuan tuan, taman ini telah mula diduduki pada bulan Disember 2002. Sehingga hari ini semua rumah sudah diduduki. Daripada jumlah itu 90% adalah beragama Islam.
2. Peratusan ini kini telah semakin bertambah apabila adanya pembukaan taman-taman perumahan yang baru berhampiran kawasan perumahan Taman Desa Indah, Meru antaranya Taman Mewah 7, Taman Seri Mewah , Taman Meru Putera ,Taman Seri Mewah dan Laman Seri Mewah yang dalam pembinaan.
B. TUJUAN/OBJEKTIF/KEGUNAAN
3. Memandangkan komitmen yang tinggi dari kalangan penduduk setempat kami merayu agar permohonan kami ini diluluskan atas perkara-perkara yang berikut:
- Tiada kemudahan tapak surau disediakan oleh pemaju.
- Keluasan taman permainan ini agak luas dan penyedian kemudahan peralatan permainan untuk kanak-kanak amat sedikit. Ini menyebabkan berlaku banyak pembaziran ruang.
- Cadangan kami adalah untuk mewujudkansatu kawasan berpagar yang mengandungi sebuah surau, kemudahan permainan untuk kanak- kanak yang telah sedia ada, pos kawalan malam (KRT ), Bilik Gerakan KRT Taman Desa Indah dan Persatuan Penduduk Taman Desa Indah dan tapak laluan refleksi.
- Hal ini akan memudahkan pengurusan kawasan tersebut di samping mendidik anak-anak untuk mendekati surau dan belajar ilmu-ilmu keagamaan seperti Belajar Muqaddam dan Mengaji Al-Quran, Fardu Ain serta Solat Berjamaah. Jumlah bilangan kanak-kanak dijangka akan meningkat kepada 800 orang apabila semua taman-taman perumahan ini diduduki.
- Pertambahan penduduk beragama Islam.
- Pembukaan taman-taman perumahan yang baru menyebabkan kepadatan penduduk yang tinggi.
- Sebagai pusat ibadah dan perjumpaan penduduk seperti aktiviti ceramah atau kuliah keagamaan dan mesyuarat-mesyuarat persatuan penduduk serta aktiviti kemasyarakatan dan perpaduan penduduk dan Kawasan Rukun tetangga (KRT) Taman Desa Indah.
C. KEDUDUKAN MASJID DAN SURAU TERHAMPIR
Kedudukan Masjid As-Syarif Pekan Meru dan Surau Haji Kamarudin yang agak jauh menyukarkan penduduk sekitar untuk melakukan solat berjamaah atau majlis-majlis keagamaan yang lain. Untuk pengetahuan tuan sambutan majlis-majlis seperti MaulidurRasul dan Israk Mikraj terpaksa diadakan di atas jalanraya dengan beralaskan tikar.
Jarak antara taman perumahan ini dengan Masjid As-Syarif,Meru adalah 2.5 km.
Jarak antara taman ini dengan surau berhampiran:
I. Surau Haji Kamarudin 2.5km
II Surau Jalan Kenangan 3.0 km
D. ANALISIS PENDUDUK MENGIKUT TAMAN
Berikut adalah bilangan penghuni taman-taman berkenaan:
Nama Taman | Unit rumah | Anggaran Penghuni |
Taman Desa Indah | 91 | 650 |
Taman Mewah 7 | 40 | 200 |
Taman Seri Mewah 1 | 90 | 1220 |
Taman Seri Mewah | 100 | 500 |
Taman Meru Putra | 50 | 250 |
Laman Seri Mewah dan Taman Lain Dalam Cadangan | 50 | 850 |
Jumlah | 3670 |
E. MASALAH PENDUDUK MENGERJAKAN SOLAT BERJEMAAH
1. Memandangkan kedudukan surau dan masjid yang berhampiran agak jauh menyebabkan penduduk terpaksa berkejar dengan masa terutama apabila tiba waktu maghrib atau subuh.
2. Penduduk yang baru pulang kerja tergesa-gesa menuju ke masjid yang agak jauh.
3. Dalam perjalanan ke masjid pula terpaksa melalui persimpangan Pekan Meru yang mempunyai lampu isyarat.
4. Keadaan kesesakan lalulintas menyukarkan perjalanan ke masjid.
F. ANGGARAN KOS PEMBINAAN DAN CADANGAN SUMBER-SUMBER KEWANGAN
I. Pendapatan
1.1 Sumbangan tetap penduduk RM 150 000.00
1.2 Derma Perseorangan RM 250 000.00
1.3 Baitulmal & Badan-badan lain RM 250 000.00
JUMLAH RM 650 000.00
II Perbelanjaan
Anggaran kos
( Pelan + Bangunan + Prasarana + Lanskap ) RM 650 000.00
G. AKUJANJI
Kami berharap agar permohonan kami ini mendapat pertimbangan dan kelulusan yang sewajarnya. Memandangkan ini adalah permohonan keempat kami maka, kami berjanji sekiranya permohonan kami ini mendapat kelulusan dan kebenaran, kami berjanji akan mematuhi peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor dalam mentadbir surau ini nanti.
Sekian.
Wassalamualaikum.
Pengerusi/AJK
Pembinaan Surau Al-Muhajirin
Taman Desa Indah, Meru. 11 Julai 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan