RAYUAN SUMBANGAN PEMBINAAN SURAU AL - MUHAJIRIN, TAMAN DESA INDAH, MERU, KLANG



اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Syukur ke hadrat Allah swt akhirnya usaha kami selama ini hampir menjadi kenyataan setelah usaha berterusan dilakukan oleh barisan AJK . Sejak tahun 2003 usaha dilakukan bagi membina sebuah surau untuk kegunaan penduduk Taman Desa Indah, Taman Seri Mewah dan Taman Seri Mewah 7 serta taman-taman perumahan di sekitarnya.


Bagi membinanya sejumlah dana diperlukan. Justeru kami merayu kepada tuan/puan/saudara/saudari untuk menghulurkan derma pembinaannya.


Semua derma bolehlah disalurkan terus ke akaun

Bank Maybank Seksyen 18, Shah Alam,

No. Akaun : 562218205577

Bank Muamalat Cawangan Jalan Kapar, Klang

Surau Al-Muhajirin No. Akaun : 1204-0002837-71-1


Sumbangan secara cek/kiriman wang boleh disalurkan terus kepada :


Bendahari

Surau Al-Muhajirin Taman Desa Indah

42, Jalan Meranti Bunga 3

Taman Desa Indah, meru

41050 Klang

Selangor Darul Ehsan


Kami mendoakan kesejahteraan tuan/puan penderma semoga bertambah berkat rezeki yang diterima dan derma yang tuan/puan penderma hulurkan akan menyuburkan rezeki

tayangan gambar

Jumaat, 9 Disember 2011

KERTAS CADANGAN PEMBINAAN SURAU

SURAU AL-MUHAJIRIN
TAMAN DESA INDAH
42, JALAN MERANTI BUNGA 3
TAMAN DESA INDAH, MERU
41050 KLANG
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel: 016-3109056


KERTAS CADANGAN PEMBINAAN SURAU AL-MUHAJIRIN TAMAN DESA INDAH, MERU

A.      PENDAHULUAN/PENGENALAN

           
1.       Untuk pengetahuan tuan, taman ini  telah mula diduduki pada bulan Disember 2002. Sehingga hari ini semua rumah sudah diduduki. Daripada jumlah itu 90% adalah beragama Islam.

2.       Peratusan ini kini telah semakin bertambah apabila adanya pembukaan taman-taman perumahan yang baru  berhampiran kawasan perumahan Taman Desa Indah, Meru antaranya Taman Mewah 7, Taman Seri Mewah  , Taman Meru Putera ,Taman Seri Mewah  dan Laman Seri Mewah yang dalam pembinaan.

B.      TUJUAN/OBJEKTIF/KEGUNAAN


3.       Memandangkan komitmen yang tinggi dari kalangan penduduk setempat kami merayu agar permohonan kami ini diluluskan atas perkara-perkara  yang berikut:

  1. Tiada kemudahan tapak surau disediakan oleh pemaju. 
  2. Keluasan taman permainan ini agak luas dan penyedian kemudahan peralatan permainan untuk kanak-kanak amat sedikit. Ini menyebabkan berlaku banyak pembaziran ruang.         
  3. Cadangan kami adalah untuk mewujudkansatu kawasan berpagar yang mengandungi sebuah surau, kemudahan permainan untuk kanak- kanak yang telah sedia ada, pos kawalan malam (KRT ), Bilik Gerakan KRT Taman Desa Indah dan Persatuan Penduduk Taman Desa Indah dan tapak laluan refleksi.
  4. Hal ini akan memudahkan pengurusan kawasan tersebut di samping mendidik anak-anak untuk mendekati surau dan belajar ilmu-ilmu keagamaan seperti Belajar Muqaddam dan Mengaji Al-Quran, Fardu Ain serta Solat Berjamaah. Jumlah   bilangan kanak-kanak dijangka akan meningkat kepada 800 orang apabila semua taman-taman perumahan ini diduduki. 
  5. Pertambahan penduduk beragama Islam.
  6.  Pembukaan taman-taman perumahan yang baru menyebabkan kepadatan penduduk yang tinggi.
  7. Sebagai pusat ibadah dan perjumpaan penduduk seperti aktiviti ceramah  atau kuliah keagamaan dan mesyuarat-mesyuarat  persatuan penduduk serta aktiviti kemasyarakatan dan perpaduan penduduk dan Kawasan Rukun tetangga (KRT) Taman Desa Indah.


C.      KEDUDUKAN MASJID DAN SURAU TERHAMPIR                                                     
Kedudukan Masjid As-Syarif  Pekan Meru dan Surau Haji Kamarudin yang agak jauh menyukarkan  penduduk sekitar untuk melakukan solat berjamaah atau majlis-majlis  keagamaan yang lain. Untuk pengetahuan tuan sambutan majlis-majlis seperti MaulidurRasul dan Israk Mikraj terpaksa diadakan  di atas jalanraya dengan beralaskan tikar.

Jarak antara taman perumahan ini dengan Masjid As-Syarif,Meru adalah 2.5 km.
Jarak antara taman ini dengan surau berhampiran:

I.       Surau Haji Kamarudin            2.5km
II       Surau Jalan Kenangan           3.0 km
 

D.       ANALISIS PENDUDUK MENGIKUT TAMAN


          Berikut adalah bilangan penghuni taman-taman berkenaan:
         
Nama Taman
Unit rumah
Anggaran Penghuni
Taman Desa Indah
91
650
Taman Mewah 7
40
200
Taman Seri Mewah 1
90
1220
Taman Seri Mewah
100
500
Taman Meru Putra
50
250
Laman Seri Mewah dan Taman Lain Dalam Cadangan
50
850
Jumlah
3670


E.      MASALAH PENDUDUK MENGERJAKAN SOLAT BERJEMAAH


1.   Memandangkan kedudukan surau dan masjid yang berhampiran      agak jauh  menyebabkan penduduk terpaksa berkejar dengan masa terutama apabila tiba waktu maghrib atau subuh.

2.   Penduduk yang baru pulang kerja tergesa-gesa menuju ke masjid yang agak jauh.

3.   Dalam perjalanan ke masjid pula terpaksa melalui persimpangan Pekan Meru yang mempunyai lampu isyarat.

4.   Keadaan kesesakan lalulintas menyukarkan perjalanan ke   masjid.
 

F.      ANGGARAN KOS PEMBINAAN DAN CADANGAN SUMBER-SUMBER KEWANGAN

            I.       Pendapatan

                   1.1     Sumbangan tetap penduduk                              RM   150 000.00
                   1.2     Derma Perseorangan                                        RM   250 000.00
                   1.3     Baitulmal & Badan-badan lain                          RM   250 000.00

                                                           JUMLAH                        RM  650 000.00

          II       Perbelanjaan

                   Anggaran kos
                   ( Pelan  + Bangunan + Prasarana + Lanskap )            RM 650 000.00

 

G.      AKUJANJI


          Kami berharap agar permohonan kami ini mendapat pertimbangan dan kelulusan yang sewajarnya. Memandangkan ini adalah permohonan keempat kami maka, kami berjanji sekiranya permohonan kami ini mendapat kelulusan dan kebenaran, kami berjanji akan mematuhi peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor dalam mentadbir surau ini nanti.

Sekian.

Wassalamualaikum.

Pengerusi/AJK
Pembinaan Surau Al-Muhajirin
Taman Desa Indah, Meru.                          11 Julai 2011







Sebarang Pertanyaan Dan Maklumat

 Sebarang Pertanyaan Dan Maklumat Boleh Menghubungi :-


Bil
Nama
Jawatan
No.Telefon
1
Mohd Mohimin Abd Fatah Pengerusi 016-3109056
2
Dr. Hazlie Mukhlis Setiausaha 012-6467936
3
Razali Bakri Bendahari 012-6253152