SURAU AL - MUHAJIRIN TAMAN DESA INDAH MERU
RAYUAN SUMBANGAN PEMBINAAN SURAU AL - MUHAJIRIN, TAMAN DESA INDAH, MERU, KLANG
Syukur ke hadrat Allah swt akhirnya usaha kami selama ini hampir menjadi kenyataan setelah usaha berterusan dilakukan oleh barisan AJK . Sejak tahun 2003 usaha dilakukan bagi membina sebuah surau untuk kegunaan penduduk Taman Desa Indah, Taman Seri Mewah dan Taman Seri Mewah 7 serta taman-taman perumahan di sekitarnya.
Bagi membinanya sejumlah dana diperlukan. Justeru kami merayu kepada tuan/puan/saudara/saudari untuk menghulurkan derma pembinaannya.
Semua derma bolehlah disalurkan terus ke akaun
Bank Maybank Seksyen 18, Shah Alam,
No. Akaun : 562218205577
Bank Muamalat Cawangan Jalan Kapar, Klang
Surau Al-Muhajirin No. Akaun : 1204-0002837-71-1
Sumbangan secara cek/kiriman wang boleh disalurkan terus kepada :
Bendahari
Surau Al-Muhajirin Taman Desa Indah
42, Jalan Meranti Bunga 3
Taman Desa Indah, meru
41050 Klang
Selangor Darul Ehsan
Kami mendoakan kesejahteraan tuan/puan penderma semoga bertambah berkat rezeki yang diterima dan derma yang tuan/puan penderma hulurkan akan menyuburkan rezeki
Khamis, 15 Disember 2011
Rabu, 14 Disember 2011
Jumaat, 9 Disember 2011
KERTAS CADANGAN PEMBINAAN SURAU
A. PENDAHULUAN/PENGENALAN
B. TUJUAN/OBJEKTIF/KEGUNAAN
- Tiada kemudahan tapak surau disediakan oleh pemaju.
- Keluasan taman permainan ini agak luas dan penyedian kemudahan peralatan permainan untuk kanak-kanak amat sedikit. Ini menyebabkan berlaku banyak pembaziran ruang.
- Cadangan kami adalah untuk mewujudkansatu kawasan berpagar yang mengandungi sebuah surau, kemudahan permainan untuk kanak- kanak yang telah sedia ada, pos kawalan malam (KRT ), Bilik Gerakan KRT Taman Desa Indah dan Persatuan Penduduk Taman Desa Indah dan tapak laluan refleksi.
- Hal ini akan memudahkan pengurusan kawasan tersebut di samping mendidik anak-anak untuk mendekati surau dan belajar ilmu-ilmu keagamaan seperti Belajar Muqaddam dan Mengaji Al-Quran, Fardu Ain serta Solat Berjamaah. Jumlah bilangan kanak-kanak dijangka akan meningkat kepada 800 orang apabila semua taman-taman perumahan ini diduduki.
- Pertambahan penduduk beragama Islam.
- Pembukaan taman-taman perumahan yang baru menyebabkan kepadatan penduduk yang tinggi.
- Sebagai pusat ibadah dan perjumpaan penduduk seperti aktiviti ceramah atau kuliah keagamaan dan mesyuarat-mesyuarat persatuan penduduk serta aktiviti kemasyarakatan dan perpaduan penduduk dan Kawasan Rukun tetangga (KRT) Taman Desa Indah.
D. ANALISIS PENDUDUK MENGIKUT TAMAN
Nama Taman | Unit rumah | Anggaran Penghuni |
Taman Desa Indah | 91 | 650 |
Taman Mewah 7 | 40 | 200 |
Taman Seri Mewah 1 | 90 | 1220 |
Taman Seri Mewah | 100 | 500 |
Taman Meru Putra | 50 | 250 |
Laman Seri Mewah dan Taman Lain Dalam Cadangan | 50 | 850 |
Jumlah | 3670 |
E. MASALAH PENDUDUK MENGERJAKAN SOLAT BERJEMAAH
G. AKUJANJI
Sebarang Pertanyaan Dan Maklumat
Bil | Nama | Jawatan | No.Telefon |
1 | Mohd Mohimin Abd Fatah | Pengerusi | 016-3109056 |
2 | Dr. Hazlie Mukhlis | Setiausaha | 012-6467936 |
3 | Razali Bakri | Bendahari | 012-6253152 |